Aku tergamam apabila seorang gadis memberi mesej berbunyi
"Berikan pengertian hidup dalam 3 perkataan"
Aku berterus terang bahawa aku tiada jawapan yang tepat. Bukan apa. Aku tidak mahu mereka-reka jawapan untuk menjawab satu soalan yang agak serius.
Dan aku memberi respon kepada si dia, bahawa susah untuk aku memberi jawapan lebih-lebih lagi dalam 3 patah perkataan. Agak mustahil.
Aku harap gadis itu tidak bunuh diri. (mana tahu kan)
Kemudian aku memberi lagi respon bahawa aku susah untuk berfikir kerana pengertian hidup itu boleh datang dari perspektif berlainan. Sebagai contoh, sekiranya aku seorang yang 'undergound' aku akan memberi jawapan dari perspektif disitu. Sama juga kalau aku seorang ahli korporat. Jawapan aku akan berkisar daripada perspektif ekonomi. Dan juga, barangkali aku boleh memberi jawapan dari perspektif dari seorang ahli agama.
Maka, aku sebagai insan yang sudah bercampur aduk akibat kehidupan di kota ini susah untuk memberi satu jawapan yang memuaskan.
Sunday, November 25, 2007
Pengetian Hidup
at
10:54 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment