Beberapa hari yang lalu, aku melalui satu hari yang sangat tenang dan cool.
Aku kan seorang yang cool.
Pagi-pagi aku keluar rumah, dan setiba aku di kereta, cermin kereta aku pecah.
Cermin yang retak seribu. Belubang tingkap bahagian penumpang. Aku agak terkejut. Makhluk mana yang buat kerja ni.
Aku tengok stereo Pioneer aku masih berada ditempat yang sepatutnya. Tiada yang hilang. Lalu aku bersihkan kaca-kaca yang masih tertinggal.
Bila aku sampai di pejabat, aku sedar yang toolbox pemberian Maybank telah hilang.
Maka tajuk cerita aku ialah, 'Pecah cermin semata-mata untuk toolbox'.
Bodoh sungguh pencuri malang. Dalam banyak benda yang boleh dicuri, toolbox juga yang kau mahu.
Itu dua hari yang lalu.
. . . . . . . . . . . . . . . . .
Hari ini, seperti seorang yang baru bangkit dari lena, aku seperti menjadi seorang yang sangat tidak cool. Tetapi aku masih kacak hehe.
Aku tersedar road tax aku sudah disapu oleh penyangak tempoh hari. Ini memang kes berat. Tanpa roadtax, aku tak boleh berpacaran esok. Aku sudah berjanji dengan seorang chicks untuk dibelanja sempena hari lahir.
Maka aku telefon JPJ untuk mendapatkan kepastian pasal hal ini.
"Encik kena bayar RM50 untuk mendapat salinan"
"RM50? Aku punya roadtax pun baru RM72. Baik aku renew baru saja" Aku memberontak. Sekarang aku betul-betul tidak cool (tapi masih kacak).
. . . . . . . . . . . . .
Beberapa hari sebelum hari ini, aku tenang. Walaupun ada penyangak yang membuat onar dengan aku, tapi aku tidak marah. Dan segera aku tukar cermin kereta yang baru. Tiada compromise.
Tapi hari ini, jiwa aku sedikit tidak tenang disebabkan aku perlu membayar sesuatu yang tidak perlu aku bayar (aku sudah bayar pun).
Terasa betapa celakanya diperlakukan sebegini.
Thursday, November 29, 2007
Sebelum Ini Aku Tenang
at
6:13 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment