Sunday, December 9, 2007

Aku Perasuah

Sebelum aku tulis apa-apa aku maafkan kamu terdahulu si pembaca yang naif.

. . . . . .


Akhirnya aku menjadi seorang perasuah. Semalam ketika memunggah barang dari kediaman aku, kereta aku telah di 'clamped' oleh jaga-jaga tak bermaruah.

Ceritanya begini, aku telah meletakkan kereta berdekatan dengan area yang tidak dibenarkan untuk parkir. Aku sudah maklum akan hal itu dan awal-awal lagi aku memberitahu jaga-jaga tak bermaruah bahawa aku akan letak kereta disitu untuk memudahkan aku memunggah barang.

Untuk memendek kan cerita. Apabila aku ingin beredar aku sedar kereta aku telah dikunci. Dan aku telah menjangka hal ini akan berlaku.

Kemudian, seorang jaga tak bermaruah datang menghampiri.

Aku terangkan bahawa sebelum aku letak kereta di situ, aku dah maklumkan pada jaga bahawa aku akan parkir di situ. Dan seperti nada seorang 'Boss' aku mengarahkan kunci di buka.

Seperti tidak faham bahasa, jaga tak bermaruah dengan 'slang' kelantan mengatakan 'kalau buka resit kena bayar RM50'

Aku blur sebentar.

Kemudian, aku ulang lagi kenyataan bahawa aku sudah memaklumkan jaga mengenai hal ini.

Dan dia pun ulang kenyataan yang sama 'kalau buka resit kena bayar RM50 ni'

Sambung dia lagi 'macam ni lah, abang bayar duit kopi jer senang'

Aku memang hangin betul bila benda-benda macam ni terjadi. Pertama. Aku belum pernah lagi menyuap orang duit kopi. Kedua, aku telah awal-awal beritahu bahawa aku sudah minta izin.

Akhir cerita, disebabkan keadaan yang hujan renyai-renyai dan ada muatan dalam kereta aku, dengan perasaan yang marah aku hulur RM10.

Dia yang kelihatan sungguh gembira dengan nota RM10 segera membuka kunci tanpa berlengah-lengah.

Aku pula yang marah-marah secara tak langsung bersubahat dengan aktiviti rasuah. Kata aku dalam hati 'jumpa kau di neraka, errkkk..?'

No comments: