"Encik kena bayar RM50" petugas di kaunter JPJ tanpa memandang muka aku berkata.
"Apa pasal pulak, sebelum saya datang saya dah call tanya prosedur semua" bentak aku.
"Encik cakap dengan siapa?"
Babi. Manalah aku tahu. Yang penting aku sudah sediakan dokumen yang dikehendaki. Repot polis, salinan kad pengenalan dan beberapa dokumen.
Petugas kaunter menaikkan suara apa bila aku membeliakkan biji mata dan mempertikaikan jawapan dia.
Serius. Aku tak pernah hilang kawalan sebelum ini.
Aku beremosi sedikit di khalayak ramai. Bukan tujuan aku nak memalukan diri atau pun petugas kaunter. Tapi dari maklumat yang aku kumpul, aku berada dipihak yang benar untuk mendapatkan salinan road-tax kedua atas bukan kesalahan aku.
Dia yang putus asa dengan perangai aku yang pelik ini segera mempraktikkan amalan tai-chi (amalan melepaskan beban di bahu kepada orang lain).
"Encik kalau tak berpuas hati boleh jumpa pegawai saya" dalam nada kasar dan membebel kepada orang ramai mengenai aku.
Aku memang tak terkawal perasaan masa itu. Biar aku ulang kenapa, sebab lelaki ini, tanpa bertanya apa masalah aku terus meminta wang. Itu yang membuatkan hati aku berkata bahawa lelaki ini walaupun melayu, tetapi macam babi.
Aku cakap ok. Aku naik dan jumpa pegawai. Sebab yang tadi bukan pegawai. Yang tadi tu babi. Kan dah hilang ke'coolness'an aku.
Ok aku sambung lain masa. Yang penting, aku berjaya dapatkan roadtax dengan percuma. Terima kasih kepada petugas kaunter yang kurang asam.
Nota kaki : Road tax aku RM90 bukan RM72. Mohon maaf.
Monday, December 3, 2007
Sambungan Kisah Lalu.. (Tiada Tajuk)
at
1:01 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment