Monday, January 7, 2008

Antara Nasib dan Takdir

Ramai bila membaca, nasib dan takdir mempunyai makna yang sipi-sipi. Yang lebih kurang saja maknanya.

Antaranya adalah aku sendiri.

Sebelum ini, aku tidak pernah mahu tahu bahawa nasib dan takdir itu adalah dua konsep yang bercanggah. Aku tak ambil pusing. Nasib, takdir. Sama saja. Betul kan?

Ada yang kata, takdir itu sudah tertulis manakala nasib itu adalah 'luck'. Contoh luck, apabila apek tua yang sering ke kedai nombor tiba-tiba menang RM1 juta. Itu bagi dia atau segolongan manusia menggelar 'luck'. Lucky. Bernasib baik. Bukan takdir.

Dan aku tumpang sekaki pemahaman 'nasib' seperti yang majoriti faham. Bahawa nasib itu berpihak pada seseorang bila ia mahu sahaja. Bukan setiap masa. Tidak setiap hari orang yang sama menang judi. Itu bukan nasib. Itu cheating kemungkinan.

Sama juga bila seorang gadis cantik yang hidup biasa dikahwini seorang hartawan dengan perkenalan hanya bermula di ruang chatting.

Atau apabila aku nyaris-nyaris dilanggar mat rempit bila mahu keluar dari kereta semasa parkir di tepi jalan. Aku kata 'nasib baik tak kena langgar'.

Tapi aku tolak konsep nasib. Samada nasib baik atau nasib tak baik. Nasib itu adalah takdir semata-mata. Tidak wujud istilah 'luck'.

Apek tua yang menang judi RM1 juta pun adalah takdir. Bukan nasib.
Apabila manusia sipi-sipi nyawa terancam juga adalah takdir. Bukan nasib.

Tak ada satu pun yang berlaku berdasarkan nasib. Walaupun kamu terpijak duit RM10 di depan McD. Ataupun kamu gagal dalam kertas Bahasa Melayu.

Takdir.

Kerana setiap suatu berlaku itu sudah tertulis. Maaf jangan kamu kata aku tidak beriman kalau aku tolak konsep ini kerna dalam qada' dan qadar ada konsep yang tertulis dan masih boleh diubah.

No comments: