Wednesday, April 9, 2008

Aku Ada Cermin Ajaib

Aku sering tertipu dengan cermin ajaib di bilik air di mana aku sedang berada sekarang.

"Mirror mirror on the wall, tell me how do i look like..." mandrem yang selalu jampi bila masuk ke toilet.

Semenjak aku di perantauan, aku sering dihidang dengan santapan yang menarik. Pagi, tengah hari, malam dan bila-bila sahaja yang aku lapar atau separa lapar.

Memang adat, bila kita di tempat bukan kebiasaan, perkara yang menjadi kebiasaan ialah makan.

Maka aku membuat pengakuan terbuka kepada Karim (bukan nama sebenar) bahawa walaupun aku sering makan, bentuk badan aku tetap maintain berbanding dengan dia yang selalu turun ke gym dan melakukan senaman 15 minit.

Huh.

15 minit. Apa hasilnya?

Dia kemudian mencari kepastian.

'Ye ker maintain?'

'Sudah tentu! Aku selalu tanya cermin sakti'

'Hehe. Itu yang kau nampak. Aku nampak lain jer' sinis Karim.

Kemudian aku berhujah bahawa, memandangkan kita tidur di dalam kamar berhawa dingin, maka lemak-lemak badan akan terbakar semulajadi. Maka aku tak perlu turun ke gym untuk membakar lemak. Ujar aku dengan penuh keyakinan. Dalam hati 'lahanat punya cermin ajaib!!'

1 comment:

Sophie said...

tulisan mu segar mcm jenaka si Sara,hos APM.aku suka.Menulislah.