'Oligo coco, minuman yang hebat, ceria gembira nikmati bersama.. bla bla bla'
Lagu dalam radio setiap pagi aku dengar semasa memandu. Aku ada masalah bila lagu yang sama diputar-putar. Subliminal message. Aku turut sama menyanyi lagu keji.
Strategi baru Powerroot memecah monopoli Milo. Oligo coco bukan jenama pertama yang membuat percubaan memecah monopoli.
Ovaltine.
Walaupun Ovaltine masih wujud, tetapi ia tetap dipandang sepi di rak pasar raya. Sekuat mana strategi pemasaran, percayalah, mereka akan kalah akhirnya.
Di Malaysia, ada masalah brand power. Ambil Milo sebagai contoh. Kau pergi mana-mana kedai mamak, kedai tomyam, kedai kopi cina atau paling busuk masuk dapur rumah jiran dan pesanlah Milo.
Aku percaya kau akan dapat apa yang kau minta.
Bukan sebab Milo ini terlampau sedap (err sebenarnya memang sedap pun) tapi mentaliti masyarakat Malaysia itu sendiri gagal mengenal pasti apa itu Milo menyebabkan perkataan Milo sudah sinonim dan kekal sebagai sebuah produk.
Nescafe ialah satu contoh lagi.
Padahal Nescafe ialah serbuk kopi. Dan antara kopi-O dan nescafe-O ialah sama. Kopi.
Meggi.
Aku pernah memesan 'Meggi goreng tak mau sayur' di kedai Rambo Sungai Chua.
Kau rasa dia ambil pek Meggi dan goreng? Dia guna mee segera brand lain. Janggal kan kalau sebut 'Mee segera goreng tak mau sayur?'
Maka harus guna 'Meggi' bagi memudahkan urusan.
Kepada Powerroot, selamat berjaya dengan Oligo Coco anda. Jangan sampai jadi macam Ovaltine ya.
P.S: Aku nak tanya kau, macam mana kau nak pesan Horlicks Ais di kedai mamak tanpa menyebut nama Horlicks? Ho ho ho....
Sunday, April 27, 2008
Ho ho ho
at
6:33 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hehe. Kelakar la entry ni.
p/s: Saya suka coco nestum. :)
coco nestum? hrmm...
nyumm.. ermmm.....
Post a Comment