Friday, May 29, 2009

Trofi

Sebut sahaja trofi terus teringgat pingat-pingat yang aku kumpul masa sekolah rendah sempena kemenangan dalam banyak acara. Aku bangga dengan masa silam aku.

Begitulah yang aku kongsi dengan Roy (bukan nama sebenar) bahawa setiap manusia punya trofi mereka sendiri. Aku utarakan falsafah ini ilham dari siri Dexter.

Ya, setiap insan punya trofi mereka tersendiri. Aku beri contoh ada jenis manusia yang suka curi panties perempuan dan simpan buat kenangan.

Ada jenis manusia kumpul tiket-tiket wayang terutamanya perempuan.

Ada jenis manusia kumpul botol Coke dari serata dunia, Iran, Jepun, Thailand bla bla bla...

Ada juga jenis manusia yang suka memburu dan menggantung kepala-kepala buruan di dinding. Macam orang Amerika.

Mereka di atas bukan gila atau kurang siuman atau tidak cukup umur. Ia adalah trofi. Trofi pencapaian dan ia boleh dikatakan hobi. Tapi kurang tepat sebab nampak macam kurang siuman.

Ia adalah sifat manusia itu sendiri yang mahu kumpul trofi. Maka terciptalah trofi, medal, pingat bla bla bla bla... Trofi bukan untuk dipertontonkan. Untuk disimpan kemas dalam almari supaya bila hari sudah tua dan kau sudah nyanyuk dan kau akan gelak kecil seorang diri.

Setiap manusia pasti ada trofi mereka sendiri. Kau ada? Mungkin kau ada hobi pelik?

No comments: