Manusia di benarkan menagih?
Tidak semua perkara boleh di ketagih. Penagih dadah contohnya.
Tetapi kalau menagih cinta di benarkan.
Menagih simpati? Tiada garis panduan khusus sama ada baik atau tidak untuk menagih simpati.
Aku pun ada ketagihan. Kamu pun ada.
Ada yang ketagih Facebook, ada yang ketagih membaca blog.
Pendek kata ketagihan ialah kecenderungan seseorang untuk melakukan sesuatu rutin dengan tidak putus-putus. Dan kekerapan kelakuan ini diiringi suatu perasaan tidak selesa jika tidak dipenuhi.
Ketagihan ialah perlakuan yang tidak terkawal. Di suatu peringkat masyarakat sosial melihat perlakuan ketagihan ini memberi ancaman kepada semua.
Seks ialah anugerah. Seorang yang normal akan melakukan rutin seksnya apabila sampai masa yang sesuai. Diwaktu malam, setelah tiada orang dipersekitaran. Kalau dia mampu kawal nafsunya, dia tidak tergolong dalam golongan penagih.
Facebook juga kemudahan yang dianugerahkan. Tetapi anugerah dari manusia. Bila sesuatu makhluk itu terlalu asyik dengan Facebook dan ia menjadi rutin dan ada rasa tidak keruan apabila tidak menjenguk Facebook dia secara tidak sedar tergolong dalam golongan penagih.
Addicted to Facebook.
Banyak lagi perkara lain, apabila seorang makhluk itu tidak terkawal perlakuannya terhadap sesuatu rutin, dia meletakkan dirinya di dalam golongan penagih.
Maka dalam dunia ini, semua manusia ada kecenderungan untuk menagih cuma kebijaksanaan pemikiran mereka akan meletakkan diri mereka di antara penagih yang baik atau penagih yang busuk.
Lihat diri kamu didepan cermin dan secara jujur tanya adakah kamu ada ketagihan? Ketagihan ini ada jalan keluar. Sibukkan diri kamu dengan pelbagai aktiviti supaya kamu tidak keterlaluan dengan rutin yang mengasyikkan.
Wednesday, June 24, 2009
Penagih
at 7:46 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment