Seorang lelaki berperwatakan Azman duduk semeja dengan aku di kafeteria.
Dia memulakan perbualan dengan mengatakan bahawa sungguh sesak menaiki LRT
dan mujurlah dia memakai wangian Fahrenheit. Bau itu sudah sebati dengan bau badan dia
menyebabkan dia teringat kisah apabila ada seorang teman perempuan segera menelefon
apabila tercium bau Fahrenheit ketika menaiki tangga pejabat.
Aku mencelah dengan berkata
'Oh Fahrenheit, first time aku cium macam bau tungkik'
Dia yang sedikit terkejut menyoal aku balik
'Kau tahu ke bau tungkik tu macam mana' diikuti ketawa berdekah-dekah merujuk kepada aku
yang belum kahwin.
'Tahu. Err. Sebijik macam bau kau' aku segera angkat gelas teh tarik dan tukar ke meja lain.
Thursday, November 1, 2007
Fahrenheit Yang Tungkik
at
5:32 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
sorry, but tungkik tu ape pon i taktau. :|
enlighten me pls. :D
hehe..
ala tungkik yang gitu-gitu tu..
hihihi
Tungkik tu bau yg amat meloyakan atau tidak menyenangkan. Contohnya; bau air longkang, jamban yg tak bersih atau stokin/kasut yg tak lama dicuci.
Harap membantu :)
Post a Comment