Aku selalu bersama Fifi bila kelapangan.
Seharian pun aku boleh bersama dia. Comel dan gebu. Oh ya, Fifi kucing peliharaan. Berbulu lebat ala-ala friskies. Tapi psycothic sedikit. 5 saat yang lalu boleh dibelai manja, 5 saat kemudian beriya-iya menggigit dan mencakar si pembelai. Kucing gila. Mungkin ia menepati teori aku sebelum ini bahawa sesiapa yang comel atau cantik berperwatakan psycho.
Aku tak faham apabila Fifi berguling-guling atas tanah atau debu. Pantang bila dilepas keluar rumah mesti berguling-guling. Mahu-mahu pula selepas dia berak.
Bukan itu saja, lepas guling-guling dijilatnya pula bulu-bulu lebatnya. Aku tak paham. Piap!! aku tampar Fifi manja.
'Apahal ko guling-guling pastu jilat-jilat nie?' aku cakap dalam hati la, nanti kamu kata aku gila pula cakap dengan kucing.
Bukan setakat Fifi saja. Kesemua kucing aku yang lain pun buat macam ni. Manja, Putih, Mama, Cicak dan lain lain (dah lupa nama).
Puas aku fikir kenapa. Kemudian aku teringat seseorang pernah memberitahu aku, tiap kali pesawat tentera melewati kawasan hutan tebal dia orang campak peket-peket garam.
Binatang memerlukan garam, sama seperti manusia. Cuma kerajaan suruh mengurangkan garam bukan jangan makan garam!
Garam-garam yang dicampak tadi menjadi sumber garam mineral untuk binatang-binatang buas. Yer la. Kat hutan mana ada laut kan?
Maka aku membuat andaian, Fifi pun memerlukan garam. Maka dia guling-guling atas tanah atau debu untuk dapatkan garam.
Dan yang best kadang-kadang kucing-kucing aku makan sejenis rumput. Mungkin penawar untuk sakit perut kut selepas makan tikus.
Nota: Manusia yang kurang garam akan mengalami Crammed pada betis bila bermain futsal.
Tuesday, December 25, 2007
Apahal Guling-Guling ni?
at
10:42 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tak tahu betul atau tidak.
apabila kucing sakit mereka akan mencari penawar sendiri iaitu dengan memakan rumput.
mungkin pas ni x payah susah2 dah bwk berjumpa veterinar
:)
eh... tu la pasal.. tp kucing aku cool sikit. ada yang makan tembikai ngan daun kobis. Gila siut.
Post a Comment