Sunday, October 28, 2007

Kisah Raya (4)

Rumah terbuka. Aktiviti yang sinonim dengan perayaan melayu.

Hari minggu lalu penuh dengan jemputan rumah terbuka. Aku cuma hadir 2 sahaja. Rumah terbuka versi ala kadar.

Mereka yang buat rumah terbuka versi ala kadar ni aku ibaratkan seperti Sandman. Yang menabur pasir untuk membuat tetamu-tetamu terlelap. Bukan satu jenayah meletak MSG dalam ramuan-ramuan makanan. Tiada bukti saintifik bahawa MSG memudaratkan pengguna.

Kedua-dua rumah yang aku hadir, buat aku hampir tertidur. Disebabkan bukan rumah aku maka aku segera minta diri, pulang dan tidur.

No comments: