Monday, October 29, 2007

Semua Bermula Dengan Masalah

Baru seketika lalu ada jamuan makan sempena hari raya di department lain.

Sambil-sambil aku cuci mata mencari gadis idaman, terserempak pula dengan pembuat-pembuat gambar a.k.a photographer. Potong stim.

Terus aku terlekat disitu melayan cerita pasal kamera.

Aku seperti biasa menjual cerita. Pasal lens. Pasal kamera. Pembuka cerita.

Berborak lah kami bertiga yang dilihat dari jauh seperti three stooges.

Daripada lens, kamera sampailah kepada Macintosh.

Aku sudah jemu. Aku ternampak kelibat Si 'Dia' yang mundar mandir.

Aku kena bertindak segera. Cari modal yang sesuai.

'Selamat Hari Raya' aku ucap semasa dia melintas depan mata. Seperti tahu-tahu aku menanti dia.

'Hi, selamat hari raya' dia jawab pendek seperti tidak tersangka aku akan ucap macam tu.

Aku cuba lagi untuk melengah-lengahkan dia 'Department you tak buat open house ker?'

Dia tercegat dan mencari jawapan.

'Err tak kut'

Aku balas

'Eh you department mana?'

'Finance'

Aku counter

'Level ni kan'

'Eh bukan tingkat 8'

Dan begitu lah proses perbualan kami. Setelah menunggu beberapa bulan memulakan konversasi.

Aku jemput dia ke rumah terbuka department aku.

'Nanti datang la my department, ada open house'

'Oh ok. You level 12 kan?'

'Yer' aku tersenyum dalam hati. Dalam diam, tahu juga dia pasal aku.

Aku kawal perasaan yang melonjak.

'Nanti datang tau, err bawa kawan sorang lagi tu, saper yer?'

'Intan?' dia balas.

'Aah. Bawak Intan. Nanti I invite you through email'.

Department aku sedikit kedekut tahun ni. Boleh hantar 3 jemputan sahaja seorang.

'Ok'

Aku masih tercegat dan dia sudah kembali ke group-group abang lembut. Baik aku beredar sementara hati sedang gemuruh.


No comments: