Tuesday, November 13, 2007

Deodorant oh deodorant

Apabila aku menaiki kenderaan awam terutama LRT, situasi yang biasa ialah sesak dan penuh bau.

Aku bukan lah sensitif kepada bau-bauan. Cuma apabila dalam keadaan yang sesak akan ada bau-bauan masam bercampur aduk dengan bau wangian gadis jelita.

Dan pagi ini aku seperti terhidu bau yang biasa aku bau, bau ketiak.

Aku toleh kiri-kanan. Mencari punca bau. Dan aku teringat bahawa aku tidak memakai deodorant tadi.

Alamak.

Kaget dan rasa sedikit bersalah. Seperti melakukan jenayah. Ya, tidak memakai deodorant adalah jenayah kecil.

'Jenayah mini'

Tapi aku lega apabila menyedari bahawa sumber bauan itu datang dari nyonya tua. Maaf, aku bukan racist. Tapi kalau bau ketiak itu seperti bau bawang putih, maka siapa lagi kan. Sah bau nyonya tu. Dan lebih terbukti bila dia turun di satu stesyen dan bau bawang putih hilang serta merta.

Lega.

Dan bila aku sampai di office, kebetulan dalam akhbar The Sun ada sampel wangian dari Polo Explorer Ralph Lauren.

Aku kembali wangi dan setara dengan mamat Fahrenheit.

No comments: