Wednesday, November 14, 2007

Lapar KFC

Aku mempunyai nafsu yang unik terhadap KFC.

Beberapa hari yang lalu aku lalu di belakang restoren KFC. Ya, di belakang. Bukan di depan.
Sungguh aku tak tahan pada aroma ayam goreng original recipe.

Tapi itu berlaku beberapa hari yang lalu.

.....

Walaupun hujan lebat semalam, dan tapak kaki aku kebasahan akibat kasut Dockers aku yang berlubang sedikit di tapaknya, aku tetap gagahkan diri untuk memburu ayam goreng original recipe.

Habis semua lopak-lopak air aku redah. Walaupun hujan masih turun renyai-renyai. Aku tak peduli dan aku tidak rasional. Aku lapar KFC. Bukan lapar nafsu.

Betapa aku menyalahkan Colonel Sanders kerana mencipta resipi yang memberi aroma yang boleh terngiang-ngiang dalam ruang tekak.

Aku bawa pulang dan aku ratah ayam goreng dengan tulang-tulangnya sekali.

Puas hati aku!!

No comments: