Scene (Ada perkataan lain yang boleh menggantikan senario tak?) : Zainol Nasi Kandar PJ. Hari cuti, pelanggan datang tak putus-putus.
Aku makan seorang diri. Makan nasi kandar. Selalu aku singgah sini. Dulu masa aku di UM memang selalu aku tapau nasi kandar Zainol. The best in town!
Datang seorang singh yang agak berumur dan berbandage di tangan. Kesian. Jatuh tangga kut. Dia tercari-cari tempat kosong. Penuh seh tengah hari tu.
Aku pelawa duduk bersama.
'En. Singh, biasa datang sini yer?' aku cuba memecahkan sunyi antara kami.
'Boleh lah juga' dia balas.
Aku lihat lauknya tauhu, nasi dan kari. Wah, simple.
'Aku dah empat tahun asyik kemari' kata aku dengan bangga sambil menarik asap rokok sampoerna dalam-dalam.
En. Singh terbeliak biji mata bagai tak percaya. Aku senyum saja. Aku memang hantu nasi kandar. Cakap saja ceruk mana mesti aku cuba.
Dia angguk-angguk faham.
Kemudian aku puji Zainol nasi kandar. Resipi turun temurun. Lagak aku seperti aku kenal tuan punya kedai.
En. Singh yang awalnya banyak mendengar kemudian bersuara.
'Kedai ni dulu kat sebelah Colliseum sana tu' kata En. Singh yang sangat fasih berbahasa pasar. Lebih fasih dari Karam Singh Walia.
'Ayah dia punya kedai nie dulu' sambung dia lagi.
'Sekarang bini dia yang jaga'
'Ohh. Patut la jarang nampak dia kat sini' aku balas.
'Eh tak la, dia sekarang jaga kedai lain. Kat Puchong Perdana' kata En. Singh.
Kemudian En. Singh memberitahu bahawa Joe si pembantu gerai makan dulu kerja di pasar menghantar bekalan hari-hari kemudian di ambil bekerja di situ. Sama dengan seorang lagi india yang aku dah lupa nama dia tapi En. Singh telah menyebutnya. Aku lupa.
En. Singh rupanya akrab dengan tuan punya kedai. Selalu saja datang situ makan. Seorang diri. Macam aku. Layan nasi kandar punya hal.
Nampaknya En. Singh ni sangat otai. Segan pula aku mahu lepak lama-lama. Aku tarik asap rokok dalam-dalam kemudian aku hembus ke muka dia.
'Ok lah Singh, aku nak gerak dulu' aku cuit lengan dia macam kawan rapat.
Sunday, December 30, 2007
En. Singh
at
6:19 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment