Wednesday, January 2, 2008

Bila Aku Lapar...

Aku tak selesa bila tiba hari cuti umum. Bila bangun saja dari tidur jam sudah hampir 12 tengah hari. Biasalah. Lelaki cute memang selalu bangkit lambat. Malam tadi letih berhempas pulas memerah tenaga.

Selalunya aku segera ke jendela melihat panorama. Lihat KLCC, lihat keadaan trafik depan rumah sambil menghisap rokok. Pagi-pagi (oops tengah hari) lagi sudah minta sambung nyawa. Pinjam kata-kata Hafizi.

Cuma bila terlalu lama tercegat di depan jendela, perut aku sudah memberi isyarat kecemasan. Bukan pergi beraklah. Lapar.

Mesti segera turun cari sumber tenaga. Harapkan rokok saja memang tak kenyang.

Dan yang hampa, bila hari cuti, makcik jual goreng pisang/nasi lemak pun turut sama bercuti. Lemah betul perut aku. Kenapa kau pun nak bercuti makcik. Cuti la masa orang lain tengah kerja. Tidakkah makcik ini faham pelanggan ramai masa hari cuti. Dan hari cutilah boleh dapat duit banyak.

Kalau ditanya peniaga-peniaga melayu kecil-kecilan alasan kenapa tutup semasa cuti umum, masa ini yang paling sesuai untuk berehat, lebih gemar membuka kedai semasa tak ramai pelanggan, kurang sedikit letih melayan karenah pelanggan. Antara alasan lain, bawa anak-anak jalan-jalan, saudara mara datang bertandang dan bla-bla bla bla.

Kontrast dengan peniaga cina. Hari cuti patut lebih kerja keras. Ramai pelanggan. Tutup kedai pun lambat. Rezeki masuk.

Hairan aku dengan peniaga melayu.

No comments: