Sunday, February 3, 2008

Itu semua kerja tuhan...

Aku suka berselindung di belakang agama. Kerana aku tahu, hal keagamaan adalah jawapan ultimate kepada soalan-soalan maut yang ditimbulkan oleh manusia.

Sebagai contoh, aku sekarang ini sedang bertikam lidah dengan gadis yang tidak faham bahasa bahawa aku tidak sudi bertemankannya yang bertanyakan soalan-soalan cepu emas. Gadis ini pandai putar-belit supaya jawapan yang aku beri semua berpihak kepadanya.

Maka bertanyalah dia kepada aku,

'Ada hati nak kawen 4?'

Aku segera menjawab 'itu semua kerja tuhan, jodoh pertemuan kan di tangan tuhan? jangan pandai-pandai masuk campur urusan tuhan, berdosa!'

No comments: