Thursday, March 6, 2008

Adrenalin

Tahu perasaan gemuruh?

Aku tak pasti beza antara adrenalin atau gemuruh. Mungkin lain, mungkin sama.

Hari ini, aku membuat sesuatu perkara yang memberi aku adrenalin. Kalau kamu selak posting yang lama dalam blog ini, pada suatu masa ketika suasana Hari Raya, aku telah menegur seorang gadis pujaan.

Hari ini aku buat lagi. Tapi dalam email sahaja.

Aku rasa bodoh juga perbuatan aku tadi. Saja. Lama tak rasa gemuruh.

Dia reply, dan aku belum baca lagi. Saja. Aku tahu dia reply ringkas tanda tidak berminat.

Ok, setakat ini saja yer, aku nak hapuskan adrenalin ni. Mahu baca apa dia reply. Daa.

No comments: