Monday, March 17, 2008

Auww....

Aku berada di utara semasa aku menulis entri ini.

Maaf kerana aku sering berada di sana sini sejak kebelakangan ini. Sebab itu Nana si awek southern sering frustrated kerana tidak dapat langsung bertemu muka dengan aku. Aku macam YB, dia perli. Apa pun bukan mengenai dia pun entry hari ini. Titik.

Maka dalam perjalanan aku ke utara, aku berhenti di satu R&R. Aku tak berapa pasti nama tempat itu. Mungkin kawasan rehat Kuala Kangsar. Sudah berwajah baru. Menarik sedikit dari sebelumnya.

3.30 pagi, masa tu. Aku cuma minum teh tarik dan sedut sampoerna sebatang.

Aku ke toilet selesai minum. Seorang pencuci kelihatan tekun membersihkan lantai.

Aku terhenti dan hampir hilang imbangan badan (sebab aku galas beg laptop sekali) bila melangkah masuk ke toilet. Biji mata aku membesar, tanda tidak percaya. Seorang wanita sedang membetul betulkan bra atau lebih spesifiknya membetul betulkan buah dadanya.

Sebab itu aku hilang imbangan badan. Rasa aku, aku memang masuk ke toilet lelaki. Sebab signage di luar tadi ada simbol lelaki. Menyebabkan aku terberhenti dan membeliakkan mata maklumlah. Sudah jam 3.30 pagi bukan. Mungkin aku yang berkhayal.

Lega bila ada kelibat lelaki lain dalam toilet. Bukan aku berkhayal. Fuhh. Pondan rupanya. Kasihan.

Aku senyum sambil kencing. Entah bila akan wujudnya toilet untuk golongan pondan. Dan aku tidak dapat membayangkan bagaimana seorang manusia berbuah dada sambil kencing berdiri. Kamu dapat bayangkan?

No comments: