Aku ada tugas penting.
Sangat penting.
Seperti superhero hancock, aku menggalas tanggungjawab yang berat.
Aku diamanahkan menjadi Fire Marshal. Kau gelak? Nanti aku tumbuk muka kau. Aku dapat tanggungjawab berat ini setelah ditai-chi oleh ketua kulit gelap pejabat aku. Dia bukan ketua sindikit kongsi gelap. Cuma kulit dia gelap, lebih gelap dari Hancock.
Dia tai-chi tanggungjawab berat tu pada aku. Memang pakar tai-chi. Walaupun beza gaji kami sebanyak RM15,000 tapi dia tai-chi tugas itu dengan senyum-senyum dan gelak-gelak. Aku memang di tahap mahu tampar saja muka pendekar kalaripayat ni.
Sabar.
Tapi aku reverse psychology. Pada diri sendiri.
Aku terima tugas bermaruah ini sebagai satu amanah.
Berbekal dengan topi keselamatan (yang kontraktor selalu pakai) berlabel "Floor Fire Marshal" aku melawat daerah kuasa dengan memperkenalkan diri aku sebagai seorang Marshal.
Hei, kerja sebagai fire marshal ni juga bermaruah tahu! Walaupun tanpa elaun.
Tugas berat aku ialah memastikan apabila berlaku kebakaran, aku adalah manusia terakhir yang keluar dari situ dalam keadaan merangkak.
Bukan senang mahu merangkak melainkan ada amoi pakai skirt pendek merangkak didepan.
Dan apabila anak-anak jagaan aku sudah berkumpul di kawasan tertentu, aku akan berlagak seperti seorang warden asrama membuat roll-call. Dan semasa itu, semua gadis-gadis comel berkerumun seakan mahukan autograf dari aku.
Dan aku pula akan mengenyit mata pada mereka sambil membetulkan helmet Fire Marshal di kepala.
Hebat betul menjadi seorang wira.
Sunday, June 29, 2008
Aku Juga Seperti Hancock
at 8:18 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment