Semua pakcik teksi pissed-off dengan kami.
Aku dan Zet ada rasa cuak dengan pemandu teksi. Setiap kali keluar hotel dan bell boy panggil teksi, kami berdua akan telan air liur.
Takut.
Manakan tidak, tiap-tiap hari kami naik teksi, mesti pakcik teksi panas hati. Secara teknikal
memang salah kami, dan lebih spesific salah Zet sebab turun lambat dari ofis dan secara mikro
salah bos di KL sebab buat tele-conference minit-minit terakhir.
3.30 aku sarankan Zet membuat booking. Langkah bijak supaya tidak terkandas di pejabat.
akibat masalah pendengaran 4.30 pakcik teksi sudah tunggu di bawah. Aku sudah kata 5.30, bukan 4.30!
Dia tunggu dengan setia sampai 5.30.
5.30 aku turun dan hujan renyai.
Aku masuk dan berdua-duan dengan pakcik teksi.
Jam sudah 5.45. Pakcik teksi sudah buat muka. Aku pula serba salah dan membuat alasan dan sama-sama mengeji Zet sebab tak turun-turun.
Pukul 6 pakcik teksi sudah panas dan sambil memanaskan enjin dan suruh aku keluar.
Pakcik tu dah pissed-off.
Hari ini, kami buat teksi lain pula pissed-off.
Kali ini, modus-operandi berbeza. Kami panggil last minit. 5.35 kami buat panggilan
bila kami sudah betul-betul di luar ofis.
Memang tak sampai 5 minit satu teksi berhenti dan tunjuk isyarat suruh masuk.
Bila teksi sudah berjalan, Zet tersedar bukan pakcik yang kami call.
Trut-trut. Pak cik teksi telefon. Dia sudah marah-marah sambil menunggu kami depan ofis, padahal kami 100 meter sudah mahu sampai hotel. Pakcik teksi pissed-off sekali lagi.
Sejak itu, kami trauma dengan teksi. Takut-takut esok pakcik pissed-off tunggu depan hotel pula.
Tuesday, July 22, 2008
Apa Itu Pissed-Off?
at 3:49 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment