'Itu head kasi potong'
Eh sabar. Kalau baca betul-betul memang ada sedikit berbaur perkauman. Untuk manusia yang sinonim dengan kejahilan, akan membayangkan rusuhan kaum akan berlaku.
Memang aku tak nafikan, ayat itu terpacul dari seorang cina.
Cina bengkel.
' Itu air sudah campur itu minyak moleh kasi itu enjin kong woo' sambung cina bengkel.
'Gua tau. Gua tau. Sekarang lu mau gua bawak ini head kasi skim la towkey?' aku balas.
'Ya lorr' kata cina bengkel.
Tak fasal-fasal aku pula jadi runner. Lagi dua hari dah nak raya ni aku gatal hantar servis tengok-tengok ada problem.
Aku ingat head gasket aku jer yang terbakar. Rupa-rupanya head sudah bengkok. Patut la air radiator aku surut manjang. Dan juga bercampur dengan minyak, macam susu. Tapi 'head' aku sudah berapa kali kena potong. Dulu sekali. Sekarang kena lagi.
Aku tak confident.
'Gua takut la towkey'
Sambung aku lagi
'Ini macam kalau potong lagi, sudah nipis woo. Sudah mau dekat dengan itu valve'
'Itu macam lu tukar head lorr' balas cina bengkel mudah.
Hrmmm. Kena sembelih lagi aku.
Terkenang aku pertama kali benda macam nie terjadi, dua tahun yang lalu. Memang aku kena sembelih. Hari ini aku baru tahu.
Tapi itu lah resam dunia. ORANG YANG BERILMU SUKAR UNTUK DITINDAS.
Aku teringat kata-kata orang tua dulu. Suruh belajar tinggi-tinggi. Dalam maksud tu.
Kalau setakat belajar sampai universiti, tapi kalau keluar pun kena tipu juga apa kes? Itu persepsi melayu dari dulu. Selalu kena tipu dengan cina.
Bagi aku mudah.
Selagi melayu itu berhadapan dengan masalah, dan melayu itu sendiri tidak dapat kenal pasti apa permasalahan, sampai bila-bila pun dia akan di tipu hidup-hidup.
Dalam konteks ini aku bersyukur sebab aku tahu apa permasalahan kereta sebab aku berusaha untuk mengetahui. Aku rujuk howstuffworks.com dan lain lain halaman perihal enjin sebelum aku turun bengkel.
Benar. Fahami dulu permasalahan sebelum cari penyelesaian. Aku percaya itu antara masalah orang melayu. Bila tidak faham sesuatu hal, dan tersedar diri di tipu habis di canang satu kampung si polan dan si polan penipu besar. Normal.
Selagi kau berilmu, susah untuk orang lain pijak kepala kau. Dan jangan pula disebabkan kau berilmu, kau jadikan alasan untuk pijak kepala orang lain.
Sunday, September 28, 2008
Perlu Gunakan Otak [Mesti]
at 11:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment