Wednesday, October 1, 2008

Mari Ke Kubur

Maaf kalau apa yang aku tulis boleh membangkit rasa was was kau pada aku. 


Aku pernah terbaca tapi terlupa dari mana sumbernya kerana bagi aku ia tidak penting, ia mengenai amalan atau perbuatan di tanah perkuburan yang tidak sesuai. Pembacaan aku mungkin menyentuh tentang amalan membaca Yasin di tanah perkuburan. 

Sebelum kau cabar minda untuk menolak pembacaan ini sila kosongkan minda sekosong-kosongnya. Lihat dari perspektif yang bukan dari kaca mata kau.

Baiklah, sedia?

Aku terlintas apabila aku ziarah kubur arwah datuk aku tadi dan melihat sati keluarga membaca Yasin di satu kubur. Mungkin kubur ayah atau ibu.

Fakta, apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo'a untuknya.

Maka aku kira apabila ada seseorang itu menangis teresak-esak sambil membaca Yasin di tanah perkuburan maka pahala pembacaan itu akan di utus kepada si mati dengan syarat si pembaca itu adalah anak-anaknya. Maka kalau begitu, mengapa saja tidak membacanya di rumah?

Sebab itu perkara ini terlintas di otak aku. Mungkin, adat resam melayu menziarahi kubur bermakna datang mensedekah bacaan ayat suci (bagaimana kalau si pensedekah bacaan ayat suci bukan anak-anak si mati; mungkin pekerja, rakan, bekas isteri, ADUN kawasan si mati?) dapatkah si mati pahala-pahala bacaan? 

Tidak mengapa, kita tidak perlu mencari jawapan bagi persoalan di atas. Kemungkinan adat  menziarah kubur orang melayu sejak zaman dulu punya beberapa tujuan.

Satu, supaya si mati sentiasa di kenang oleh penziarah.
Dua, supaya kuburan kemas di jaga si waris (rumput di cabut, air di siram).
Tiga, supaya kegiatan menziarahi perkuburan akan menyebabkan kawasan kuburan tidak sunyi dan menyeramkan.

Bacaan ayat suci di tanah perkuburan amalan tidak bersesuaian? Aku sentiasa berfikir, kalau kita ke tanah perkuburan, adakah roh si mati berada di bawah petak kubur? atas? Berlegar-legar di kawasan tanah perkuburan? Atau pun telah Tuhan angkat roh-roh ini ke suatu persekitaran yang Tuhan saja yang tahu? Maka, mengapa aktiti memperingati si mati di buat di tanah perkuburan? 

Pernah di satu majlis pengkebumian aku telah bertanya pada Joe muda tentang talqin. Dengan nada sempoi dia menjawab talqin itu adalah untuk jadikan peringatan pada mereka yang hadir di majlis itu bahawa manusia itu datang dari tanah dan kepada tanah juga mereka akan kembali, contrast kepada sangkaan aku bahawa talqin itu di baca untuk memberi panduan kepada si mati apabila disoal siasat kelak. Terpulang tapi jawapan Joe muda sangat meyakinkan.

Hrmm. Agak keras juga bahan bacaan kau hari ini tapi tak mengapa, sekali-sekala. 



P.S: Siapa yang paling gembira semasa raya?



Jawapan oleh penjaga neraka : Hantu Raya

No comments: