Baru-baru ini ada aktiviti mengutip wang perlindungan di kawasan kediaman aku.
Sudah dua-tiga hari kebelakangan ini pintu rumah aku selalu di ketuk.
Memang aku tidak buka. Aku sudah tahu siapa diluar sana.
Patutlah housemate aku selalu balik lewat. Sudah tahu modus operandi pengutip wang perlindungan. Memang samseng mereka ni.
Tak dapat hari ini, esok datang lagi.
Tak dapat esok, lusa datang lagi. Memang gengster!
Tapi tak lama, aku cuma perlu duduk diam mengadap PC sampai hujung bulan. Kunyah kueh raya senyap-senyap.
Malam ini mereka ketuk lagi pintu rumah aku.
Kurang ajar. Mereka tahu aku ada di dalam. Aku gatal pasang buletin utama
kuat-kuat. Tapi aku buat bodoh. Aku tahu mereka ketuk pintu bagai nak rak tapi lama-lama lenguh la tangan tu.
Kali pertama mereka singgah rumah aku, aku sangka kan ex-girlfriend aku datang menebus talak, tengok-tengok budak-budak datang beraya.
'Kami nak raya'
Selamba budak-budak ni sambil tersengih.
'Maaf la dik, ini rumah bujang, tak der kueh raya la'
'Takpelah bang, kitorang datang esok' balas mereka yakin.
Kurang ajar kan. Bukan apa, aku memikirkan kueh raya yang tinggal serdak dan
tak ada minuman ringan untuk budak-budak ni.
Kau kata aku kejam. Aku tahu. Aku dengar.
Tapi dengar pula kata-kata aku.
Aku tidak kenal mereka siapa. Bukan anak jiran aku (definitely). Memang bukan saudara mara aku.
Mereka datang untuk beraya (baca betul-betul: minta duit raya).
Memang jelas. Tiap-tiap hari datang ketuk rumah aku. Mungkin budak-budak yang berbeza.
Mungkin jadi buah fikiran jiran-jiran untuk cari duit lebih untuk anak-anak diorang.
Tapi bagi aku,
'BULLSHIT'.
Minta duit, bukan untuk bertujuan bersuai kenal. Entah apa nak jadi anak-anak zaman sekarang.
Aku tak nafikan, zaman kecil aku ada dapat duit raya.
Tapi zaman sekarang, budak-budak datang beraya nak dapat duit poket. Jadi amalan kurafat.
Eh, aku rasa aku pernah tulis pasal ni lah tahun lepas. Pergi korek.
Monday, October 20, 2008
Pengutip Wang Perlindungan
at 10:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment