Agak terlambat untuk aku tulis.
Beberapa hari lalu, aku singgah di sebuah masjid di Kapar.
Agak lewat. Hampir senja mungkin.
Aku berada dalam kereta, sambil mengodek-godek alat bantuan pengecas bateri untuk wireless earphone aku.
Sedang aku leka, cermin kereta di ketuk. Hari sedang hujan renyai, maghrib. Siapa pula yang sudi mengetuk cermin kereta aku.
Tidak putus-putus, maka aku toleh sebelah.
Maka aku berfikir, apa pula salah aku kali ini. Di perkarangan masjid pula tu. Adakah kerana aku berseluar pendek. Tidak. Adakah kerana aku jamak di akhir waktu. Tidak juga. Adakah mungkin aku disuruh menjadi imam. Mungkin tidak.
Maka siapa yang datang menyapa ni.
Seorang lelaki yang kelihatan agak normal. Tidak langsung berpakaian compang camping. Pakaiannya kemas. Tidak ada rupa peminta sedekah.
Aku turunkan tingkap. Hujan masih renyai.
"Ya encik?" aku sapa.
"Bang, bang boleh minta tolong?"
"Tolong apa?"
"Bang, bang boleh minta tolong?"
"Tolong apa?" aku musykil.
"Bang, bang boleh tolong ajar doa ambil wudhu' ?"
Terus aku alih pandangan. Aku pandang luar. Tengok hujan renyai hujan. Apa pula ujian kali ni. Aku takut kalau-kalau ada candid camera. Mana tahu ada orang mahu "wakenabeb" kan aku.
Aku toleh lagi pemuda tadi tapi dengan pandangan musykil.
"Tak tahu la encik" alasan aku.
"Bang, bang boleh minta tolong? Tolong ajar doa wudhu'? "
"Err, macam ni, nawaitu sawma ghadin....."
Eh, terkena aku. Cemas pula. Macam mana boleh terlupa doa wudhu'. Terus aku naikkan cermin tingkap. Aku tunjuk ke arah seorang lelaki di hujung masjid yang berpakaian ala-ala tabligh.
"Pergi tanya dia.." aku menjuih bibir sambil menunjuk ke arah lelaki berserban.
"Bang, bang boleh minta tolong. Tolong ajarkan doa wudhu' ?"
Aku terus hidupkan enjin keluar dari masjid.
Aku cuak. Takut. Sudah banyak kali aku di sapa stranger. Di KL pun sudah banyak kali. Setiap kali ada orang menegur aku, aku akan pastikan bahawa aku berada di dalam keadaan sedar. Inilah gara-gara membaca Mastika dan Harian Metro. Takut di pukau.
Wednesday, January 28, 2009
Bila Bertemu Si Stranger
at 6:57 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
haha..dia lebih kurang sama macam lawak soalan niat solat.
"Camne niat solat subuh?..Nawaitu..?"
"Err..nawaitu.."
"Haha..nampak sangat tak solat subuh..niat solat bukan start dgn nawaitu tapi usholli..haha"
Post a Comment