Buat ketika ini, aku agak cenderung untuk siri Dexter.
Siri TV berkisar satu watak lelaki biasa yang mempunyai naluri diluar tabiat manusia normal. Naluri memisahkan roh dari jasad.
Siri pertama aku membuat rumusan bahawa cerita ini kejam. Bila sudah masuk siri ke-9 jalan cerita semakin menarik.
Siri Dexter mendedahkan bahawa setiap jiwa mempunyai kawasan gelap tersendiri. Aku tidak tolak idea sebegini. Ada sedikit kebenaran.
Ini bukan promosi.
Manusia akan menafikan bahawa dalam diri mereka ada kawasan-kawasan gelap yang mereka selindung. Kekadang, sesetengah manusia tidak terbendung sifat-sifat gelap mereka.
'Damage control' Sebagaimana sempurna kau melihat manusia lain, apabila kau mendampingi mereka dan menjadi sebahagian dari mereka kau akan nampak sifat-sifat gelap yang bijak mereka sembunyikan.
Manusia, secara 'Default' ada sifat-sifat begini. Oleh kerana manusia hidup bergaul maka mereka mesti bijak mengawal kerosakan. - 'Damage control'
Sifat-sifat gelap ini akan terserlah apabila manusia itu bersemuka dalam pergeseran.
Tuesday, February 10, 2009
Ada Kegelapan Dalam Setiap Jiwa
at 6:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment