Thursday, February 19, 2009

Elly

Elizabeth Wong.

Aku gagal untuk ke berapa kali dalam mencari kebenaran. Tiap-tiap waktu terluang aku terjah ke Google, mana tahu rezeki aku.

Kosong. Yang ada cuma gambar-gambar sopan Elly.


Ini tidak 'thrill'!. Aku perlukan sesuatu untuk moral aku yang sudah tersimpang sekian lama. Yang wujud di blog-blog hanya gambar-gambar naif Elly. Gambar seorang insan yang tidak bersalah, yang tidak langsung memperlihatkan siapa dia sebenarnya.

Tidak seperti aku. Aku langsung tidak bermoral. Saat pertama aku terdengar kisah Elly dan gambar-gambar berahinya, aku terus buka Google.

Tak apa.

Aku hanya orang biasa. Average Joe. Biar tidak bermoral tapi siapa peduli?


Tapi Elly tidak boleh. Dia adalah ikon kepada pentaksub-pentaksub suara keadilan, kesamarataan. Dia harus kekal bersih dimata penyokongnya.


Tapi bila diketahui tentang moralnya, apa bezanya antara dia dan aku?

Siapa yang lebih mulia antara dia dan aku.

Elly, kau gagal. Kau malas baca blog aku. Aku sudah kata, setiap manusia ada dunia gelap mereka sendiri. Tengok, kau pun sendiri ada dunia gelap kau sendiri. Kau telah membuktikan bahawa moral itu apa lah sangat berbanding perjuangan suci kau selama ini.

Busuk kan bila menerjah dalam kehidupan orang lain. Pasal itu aku malas tulis pasal politik.

No comments: