Aku senyum syaitan.
Sudah umum ekonomi meleset, dan tidak semua pekerja dapat bonus. Aku antara yang terkecuali. Sebab itu aku ketawa syaitan. Hidup ini adalah perlumbaan. Umpama perlumbaan memanjat piramid. Siapa yang bijak akan naik dengan seribu satu cara. Kadang-kadang bila kita memanjat kita perlu pijak orang dikiri-kanan, bawah, atas. Matlamat menghalalkan cara.
Hidup ini mudah. Kalau kau enggan untuk berlumba, kau hanya perlu duduk diam bila dipijak. Maka, buatlah keputusan, untuk di pijak atau memijak. Fakta nyata, semua manusia, baik-jahat, segak-huduh akan saling pijak-mejimak satu sama lain. Terpulang. Mahu telan atau tidak.
Selamat berlumba. Oh ya, Ogos ini ada larian tikus. Jangan lupa hayati kata-kata aku ini. Adios amigo.
Tuesday, March 17, 2009
Kita Semua Sedang Berlari
at 1:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment