Semalam selepas sesi berperang di cafe siber, kami mengisi perut di kedai mamak dan mula berborak mengenai hal-hal karut. Sampai di suatu topik dimana waktu bersama bumi sedang hangat di perkatakan. Beberapa fakta telah di timbulkan membuatkan aku yang tidak langsung berminat dengan agenda dunia itu pura-pura membeliakkan mata dan membuat seolah-olah agenda dunia itu adalah satu aktiviti yang sangat 'cool' dan hebat.
Mereka mengeluarkan fakta bahawa kesan daripada 1 jam bersama bumi telah memberi kesan dengan menjimatkan pembakaran bahan api. Kesannya sangat mendalam. Kami berbincang sambil menyedut asap rokok, satu perbuatan yang bercanggah. Tetapi dengan nada yang bersungguh dah hipokrit bahawa 1 jam bersama bumi ini harus di praktikkan. Maksud yang tersirat jika ada antara kami yang tidak terlibat maka dia tidak 'cool'.
Kemudian idea-idea liar keluar seperti mahu berada di atas sebuah bangunan di kota KL untuk melihat bagaimana gelapnya malam itu dan ada yang bertanya, adakah ia benar-benar gelap? Kalau tinggal di hotel pun bergelap kah? Atau lampu jalan akan gelap lalu mengakibatkan kemalangan yang dahsyat.
Kemudian ada yang bertanya adakah ia akan di adakan serentak di seluruh dunia. Soalan bodoh. Sudah pasti kalau di sini malam di Amerika sedang siang. Untuk apa tutup lampu secara serentak kan?
Konklusinya setiap dari kita harus berada di belakang aktiviti murni ini. Kemudia aku tanya mereka dan menyebabkan mereka bisu untuk beberapa saat dan mengubah topik berbual cepat-cepat. Aku tanya, "Oooo.. kalau earth hour korang laju jer nak tutup lampu beramai-ramai dan menghormati waktu demi bumi, tapi kalau masuk waktu sembahyang sorang pun tak layan"
Wednesday, March 25, 2009
Bersama Bumi
at 7:28 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment