Perasan atau tidak, atau mungkin aku sudah memulakan kehidupan di planet yang asing atau pun mungkin aku telah di telan masa sehingga aku merasakan aku tidak terikat dengan ritual kebiasaan manusia.
Mungkin kah aku seorang, atau aku yang tidak peka dengan alam sekeliling atau mungkin mereka beramai-ramai memainkan aku.
Atau adakah aku sudah ketinggalan zaman?
Hari ini aku selak tarikh kalendar, sudah 2 April 2009. Sudah hari kedua.
Dan aku cuba memanggil memori adakah aku terlepas dengan perayaan atau ritual April Fool.
Mungkin aku yang ketinggalan. Atau mungkinkah aku tersilap bahawa perayaan April Fool ini pada hujung bulan April?
Argghhh..
Thursday, April 2, 2009
Bulan Penuh
at 12:33 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment