Thursday, July 23, 2009

sambungan kisah lalu

aku tahu ayat aku tergantung.

browser PDA aku tak dapat support masa itu. Maka aku sambung dan kali ini versi tulis baek-baek punya.

So ketua penyamun itu pun agak tercabar maruah dan pengetahuan dia buat masa itu sebab aku soal balik cara pengiraan. Biasalah, aku auditor kan. Mesti lihat jalan kerja.

Last time aku cakap RM150 kan? Sebenarnya dia letak RM158.

So aku pun berlakon macam budak sekolah tadika. Orang cakap Wayang Tinggi. Kuat berlakon ni.

Akhirnya aku mendapat RM108 duti eksais. Lebih kurang 1/3 dari kos barang. Banyak kan?

Kepala penyamun tidak berpuas hati sebab kiraan aku jauh dari kiraan dia. Sebab dia ingat dia pegawai kanan maka apa yang dia buat semua betul.

Tapi aku masih wayang tinggi lagi depan dia. Dengan penuh rasa rendah diri tanpa meninggikan suara menegaskan aku sepatutnya bayar RM108. Tapi itu lah pengajarannya, kalau aku tak bersuara maka aku akan kena paw hidup-hidup.

Dia tak berpuas hati.

Dia suruh aku rujuk agen pos untuk membuat deklarasi.

Aku pun apa lagi bawa diri. Tak jauh. 5-6 langkah saja.

Tup-tup agen pos buatkan deklarasi. Nah aku kena bayar RM18 untuk deklarasi tu. Dah jadi berapa kawan-kawan? Lu pikir la sendiri.

Memang kena paw kaw kaw. Biasa la, kalau tak buat macam nie macam mana nak hidup kan dik (aku rasa dia cakap dalam hati la)

Aku puas hati dan buat bayaran.

Itu saja lah kisah menyayat hati aku dan membuat aku 'wondering' mengapa wujudnya skuad anti-penyeludupan. Kalau aku rakyat marhein aku akan berdiri di belakang mereka. Tapi since aku dah kena paw ni fahamlah aku skuad anti-penyeludupan itu ialah untuk meng'counter orang-orang yang tak mahu kena paw. Di situ lah rasional kenapa penyeludupan itu berlaku. Mungkin kau nampak mereka nak untung lebih tak mahu bayar duti eksais, tax etc. Tapi mungkin juga diorang dah muak mengadap kaki-kaki paw.


Tapi apa-apa pun, mereka betul. Hidup Malaysia!!

No comments: