semasa aku menulis ini, aku sedang berada di LCCT menunggu ibu bapa.
Tetapi sebelum itu aku berurusan dengan kaki paw utama di tanah air ini.
biar aku imbas sejarah sedikit perihal kaki kaki paw di negara tanah melayu ini.
untuk yang naif, biar aku terangkang bahawa kaki paw ini istilah untuk orang2 yang meminta wang untuk demi untuk kelepasan dari sesuatu.
suatu ketika dahulu semasa zaman2 melayu klasik, kaki2 paw dahulu kala di gelar sebagai pembesar, dato' etc. yang penting mereka ini agen pemungut hasil untuk sultan. kalau tiada mereka ni macam mana sultan mahu hidup maaaa.
so tugas pembesar zaman dulu kala ialah mengarahkan pengikut2nya berada di beberapa lokasi strategi umpanya di jeti, di hulu sungai, di pasar, di laluan utama ke kebun zaman dulu mana ada jalan daaa.
maka tercegatlah pengikut2 pembesar ini di tempat2 strategik yang telah difikirkan sesuai oleh pembesar2 masing demi untuk mengutip hasil.
pembesar2 dahulu kala seperti datok sagor, maharaja lela, sarip dol eh silap, dol said, dan beberapa nama yang telah menempa nama di buku teks sejarah adalah kaki2 paw terkemuka. mereka cuma nampak hero sedikit sebab ada orang sudah potong line diorang mengutip hasil siapa lagi bukan si british.
so itulah kisah masa dulu. pendek kata apa saja terlintas depan mata pengikut2 pembesar ini maka kena kebas la jawapannya. tak kira pisang ker, ayam ker, kangkung ker tak kira lah. asalkan pembesar dapat kutip dan serah pada sultan.
dah dah kalau nak tahu lebih rajin2 tengok cerita filem melayu. berbalik kepada kisah aku kena paw tadi, maka tertanya tanyalah oleh si pembaca blog aku yang setia ini. siapakah gerangannya kaki paw terkemuka tadi tu?
jawapanya ialah kastam. mereka ni kaki paw versi terkini dan versi di geruni.
nak di jadikan cerita, aku pergilah collect barang aku di pusat tahanan kastam. kira punya kira punya kira maka kepala penyamun itu pun membuat taksiran duti barang. rm150 ajer. perghh. aku terbeliak dan pura2 jahil
Monday, July 20, 2009
Kaki Paw Terkemuka
at 7:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment