Geng. Keadaan sedikit chaos malam ini. Di tempat aku.
Sedang aku asyik hendak berfacebook di sebuah pusat internet tatkala itu juga seluruh kawasan aku black out.
Belum sempat mengupload gambar2 menarik di facebook kejadian black out ini benar2 buat aku terkecewa sekejap.
Semua keluar dari pusat internet. Menuruni tangga dlm keadaan gelap gelita. Nasib baik ada sedikit cahaya lampu kecemasan.
Aku lihat di luar sana seakan pesta. Dengan hujan sedikit renyai membuat kami tidak tergerak ke mana.
Aku lihat kiri kanan muda mudi tua muda kanak kanak di kaki lima. Mereka berdiri santai menungu entah apa. Aku lapar dan aku lihat kedai mamak di seberang tak putus putus manusia makan walau dlm keadan gelap gelita cuma bertemankan cahaya kecemasan sedikit menyebabkan hanya kelihatan gigi-gigi putih mamak si pelayan.
Aduh. Apa mahu bikin?
Seakan darurat.
Dengan kereta peronda lalu lalang sambil menyimbah cahaya siren. Dan helikopter polis lalu lalang dengan bunyi bingit.
Benar2 membuat aku terasa di holywood.
Dan aku membuat keputusan utk bersidai di kedai mamak. Oh maaf, mee goreng sudah tiba di depan mata sementara aku menaip. Aku makan dulu ya.
Tuesday, July 7, 2009
tolong!!
at 6:45 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment