Hari ini aku didekati oleh seorang yang benar-benar Islam.
Menurutnya, penganut-penganut Islam pada zaman ini belum masuk Islam lagi.
Dia meminta maaf awal-awal supaya aku tidak berkecil hati. Aku adalah antara mereka yang belum masuk Islam bisik dia perlahan.
Dia menerangkan bahawa ciri-ciri seorang yang benar-benar Islam ialah seseorang yang mengucap kalimah shahadah tanpa menamakan Muhammad itu pesuruh Allah kerana jelasnya Muhammad itu hanyalah pesuruh-Nya. Sekiranya tidak, manusia akan menyekutukan tuhan. Jelas dia.
Dan ada beberapa kenyataan yang mencirikan seorang Islam genuine.
Aku tidak menghuraikan segalanya disini.
Aku juga tidak menyatakan bahawa dia sesat atau tidak.
Cuma aku sekarang sedang berdepan dengan seorang manusia yang cuba menjadi lain dari yang lain.
Makhluk yang mendekati aku merupakan seorang yang berkerjaya, punya keluarga, punya motor besar dan perniagaan yang sederhana. Cuma aku hairan dengan kemunculan pemikiran-pemikiran sebegini di hadapan aku.
Kenyataan di atas adalah situasi pelik yang tidak aku jangka akan lalui.
Monday, August 3, 2009
Awas
at 2:13 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment