Wednesday, August 26, 2009

Datuk

Mari aku bagi satu contoh untuk menggambarkan perkataan di atas.

Ada seorang lelaki mendapat anak dan anak itu apabila dewasa mendapat anak. Anak ini adalah cucu kepada lelaki pertama tadi.



Sekarang kau akan bertanya apa gelaran yang sesuai untuk lelaki pertama itu.


Ya aku tahu jawapan nya, cuma aku mahu kongsi asal usul nama panggilan untuk lelaki pertama tadi.


Zaman dahulu kala, gelaran datuk itu amat tinggi tarafnya, hanya orang-orang bangsawan atau sesiapa sahaja yang rapat dengan institusi diraja akan mendapat gelaran datuk. Gelaran datuk ini amat mahal maka banyaklah orang kebanyakan lebih-lebih lagi orang-orang tua yang berumur yang mengidam akan gelaran ini. Maka golongan-golongan tua ini sering usik-megusik sesama lain dengan panggilan 'datuk' supaya nampak kelas sikit. Tidak pasti samada usik-mengusik atau perli- memerli menyebabkan aktiviti ini berleluasa.

Sama saja dengan zaman sekarang bila aku ditahan polis trafik dan aku panggil dia 'Tok' (Sebenarnya bukan 'Tok' atau atuk, cuma kependekan dari perkataan datuk) dengan harapan si polis trafik tadi kembang sedikit dengan pujian maka akan terlepas aku dari di saman.

Maka wujudnya perkataan ' datuk' yang merujuk kepada bapa kepada si bapa punya anak atau 'cucu' adalah gara-gara orang tua-tua dahulu kala galak usik-mengusik antara mereka dengan gelaran datuk maka terlekatlah perkataan datuk untuk orang-orang tua.


Sekian sahaja untuk sejarah ketamadunan melayu untuk hari ini. Bye.

No comments: