Pernah tidak kau meraikan kematian seseorang?
Jika kau ketahui tempat di mana aku pernah berada kau patut lihat keunikannya. Ia merupakan acara pesta yang sangat meriah di sambut di jalanan. Akan kelihatan jalanraya penuh sesak dengan kenderaan pelbagai jenis dan lautan manusia yang bersesak-sesak untuk berpesta. Tidak ketinggalan peniaga-peniaga mengambil bahagian untuk menambah pendapatan. Ada yang menjual ais-krim, ada yang menjual burger tidak lupa juga yang menjual belon. Acara ini sungguh meriah biarpun ia berikutan dengan pemergian seseorang.
Tidak pernah sesekali aku melihat seorang menitis air mata tatkala pesta ini berlaku. Ini adalah ritual yang mengagumkan. Keselaluannya pesta meriah ini disambut setelah 60 hari apabila ada kematian. Pada tahun ini saja lebih kurang 3 kali aku melihat acara unik ini.
Pada hari keraian itu, pada keselaluannya jalan akan penuh sesak dengan manusia ke sana ke mari dengan pelbagai ragam sehingga menjemput pasukan polis untuk menjaga keamanan. Dan pada hari-hari sebelum sambutan itu manusia-manusia di situ akan berarak ke pelusuk daerah seolah sedang mengadakan siri ceramah politik.
Kematian akan berlaku dan pasti berlaku. Akan tetapi tangisan dan keinsafan tidak perlu disisipkan. Nantikan kedatangan festival meriah ini tidak lama dari sekarang. Sama-sama kita berpesta di Bagan Pinang.
No comments:
Post a Comment