Sunday, September 13, 2009

Demi Masa

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati menetapi kesabaran" - Surat Al-Asr.


Aku petik surat ini sejurus aku terbaca teori "space and times" oleh Stephen Hawking. Sudah lama artikel ini di dalam tangan tapi tidak pernah terbaca. Lalu aku hadapi monday blues dengan membaca artikel ini.

Mengapa Al-Asr?

Iya. Mengapa ia diturunkan kepada Muhammad dan di sebarkan kepada umat manusia? Kepada pembaca Al-Quran surat Al-Asr memberi kesimpulan bahawa manusia ini rugi sekiranya tidak menggunakan masa dengan betul. Dan bila aku baca surah Al-Asr tuhan ada memberi hint tentang rahasia dunia dan saintis barat beriya-iya mencari jawapan sedangkan umat Islam itu sendiri diam setelah yakin menemui jawapannya.

Menurut pengkaji-pengkaji alam semesta, tiap-tiap perkara akan berkaitan dengan waktu. Setiap yang bermula akan berakhir. Setiap yang hidup akan mati. Petunjuk nya ialah, ada waktu mula dan ada waktu akhir. Tidak seperti Aristotles. Dia dan ahli falsafah greek yang lain tidak mempercayai wujud proses kejadian alam semesta iaitu ada permulaannya. Yakni, alam semesta ini tidak bermula, tidak berakhir. Alam semesta akan terus wujud dan akan berulang-ulang kejadiannya. Dan mereka yakin berlaku seperti satu banjir (atau kejadian alam yang tidak terfikir) akan melanda supaya alam semesta akan hancur dan proses permulaan akan bermula.

Bercakap mengenai teori ruang dan masa akan membuat kau membuang masa di sini. Ia terlalu kompleks untuk dikongsi tapi aku ingin juga menulis di sini kerana ada keajaiban Al-Quran dengan mendedahkan perihal 'Masa' yang dinihari orang barat pecah kepala memikirkannya. Mereka bukan mengkaji ' Masa' kerana telah terbaca Al-Quran. Mereka mengkaji teori kewujudan masa lama dahulu. Dan yang menjadi ia semakin hebat apabila Tuhan juga telah memberi petunjuk-petunjuk didalam kitab-kitabnya supaya ciptaannya menghayati kewujudan masa.


Aku harap kau jangan bosan dengan bacaan ini. 

No comments: