Pernah atau tidak kau menjadi seorang yang tidak hensem buat pertama kali dalam seumur hidup kau orang.
Aku pernah. Sekali dalam seumur hidup aku pernah sehari aku menjadi tidak kacak.
Begini kisahnya.
Ia terjadi agak lama sudah, dalam setahun lepas mungkin. Aku tak berapa ingat maklum lah. Umur sudah meningkat. Tetapi masih kacak. Buktinya sejak akhir ini aku menukar status di FB aku dari single kepada sedang dalam perhubungan. Tiada seorang kawan perempuan pun datang bertanya khabar melainkan seorang perempuan gempal yang menyapa mengucapkan tahniah.
Ok cukup. Kembali kepada kisah lalu. Ia terjadi apabila cermin kereta aku dipecah dan dicuri cukai jalan. Aku rasa aku pernah tulis. Cari sendiri.
Maka aku pun segera membuat laporan polis kerana aku tahu untuk mendapatkan salinan cukai jalan mesti ada laporan polis.
Maka aku pun terhegeh-hegeh dengan yakin ke balai polis dan membuat laporan. Sudah berapa jam di sana setelah melihat sepasang suami isteri melawat anak di lokap maka siap lah laporan.
Segera pula aku ke JPJ. Dekat sahaja tidak menjadi masalah. Cuma masalahnya ia berlaku dalam waktu pejabat dan aku menghilangkan diri.
Di JPJ aku menunggu dengan sabar. Aku bawa salinan laporan polis dan juga geran kenderaan. Pasti boleh dapat punya.
Sampai giliran aku, abang di kaunter pertanyaan meminta bayaran RM50.
Aku berang. Pertama, RM50 itu separuh dari cukai jalan aku. Kedua, road tax aku di curi. Ketiga, cermin kereta aku pecah dan aku ganti sendiri. Sekarang abang tu suruh aku bayar RM50. Tidak masuk akal lalu aku melawan mengapa perlu aku bayar RM50? Seolah aku didenda kerana cuai. Aku tunjuk laporan polis.
Dia kata laporan itu tidak meyakinkan. Kerana ada perkataan tercicir. Salah aku juga sebabnya semasa di balai, aku di suruh untuk memberi keterangan seperti saranan pegawai balai. Aku cuma ikut sahaja. Pegawai polis menyuruh aku memberi keterangan bahawa cukai jalan aku didapati tercicir sedangkan kereta aku di pecah dan dicuri cukai jalan.
Maka aku membesarkan suara tanda protes. Aku rasa tidak adil perkara macam ni terjadi. Sudah lah cermin di pecah, sekarang kena bayar denda pula. Aku tidak puas hati. Sebenarnya aku rasa seperti dipijak pijak masa itu. Sebab itu aku tak dapat kawal emosi. Aku hampir-hampir, bukan hampir lagi, memang aku dah marah pegawai kaunter bertugas. Yang seronoknya, abang kaunter tu pun boleh balas balik dengan marah-marah. Aku lagi la hangin.
Akhirnya aku dileraikan dan di suruh berjumpa pegawai kanan. Aku tak berapa ingat sama ada pegawai kanan itu perempuan india atau melayu. Tetapi aku rasa india kut. Di pejabatnya aku bercakap tentang masalah aku. Dan tatkala itu lah aku menjadi tidak hensem. Aku tidak tahu ilmu apa wanita india itu pakai, tapi terhembur lah air mata aku depan dia. Aku pun tak sangka. Lepas aku marah-marah tiba-tiba air mata aku boleh jatuh berderai.
Bukan apa, sebenarnya aku dah rasa seperti dipermainkan sebenarnya. Sebab, semasa aku di pejabat polis, sepatutnya mereka tidak boleh mencadang aku membuat laporan tadi. Pegawai JPJ itu menyarankan aku tidak membuat laporan polis yang kedua sebab aku boleh di dakwa membuat laporan palsu. Maka aku perlu berhadapan dengan membuat bayaran RM50. Itu lah sebabnya aku terasa seperti dipermainkan. Maka terhemburlah air mata aku secara tiba-tiba. Memang aku tak sangka, dan pegawai kanan itu pun tidak menyangka. Maka itu lah buat pertama kalinya pengalaman aku menjadi seorang yang tidak hensem dalam hidupku.
Sekian.
Yang benar,
Jejaka Hensem.
No comments:
Post a Comment