Thursday, June 21, 2012

Hilang Di Mana?

Aku hilang sebentar dari dunia blogging. Agak lama juga lah. 4 tahun mungkin?

Pertama, aku punyai FB dan telah gunapakai dinding FB aku sebaik mungkin untuk merepek. FB adalah salah satu jenis rawatan psikologi yang efektif.

Dinding FB memang ada kuasa luar biasa. Mahu masuk jamban pun update status. Kelllass!!..

Yang terkesan adalah apabila komen anda di sahut ramai. Di situ proses terapi akan berkesan.

Wednesday, January 20, 2010

Talian Penuh

Aku cuba hubungi syarikat kad kredit. Talian sibuk. Dari pagi hingga ke petang.


Aku rasa pelanggan-pelanggan seperti aku sedang bertalu-talu cuba menghubungi. Samada syarikat kad kredit itu sengaja menutup talian atau memang benar-benar pelanggan sedang memenuhi talian.

Semua pelanggan mahu membatalkan kad kredit masing-masing. Rugi, lebih baik tutup talian perniagaan berjalan seperti biasa.

Tuesday, December 29, 2009

Happy New Year

Sudah sekian kali menyambut tahun baru. Bosan pula. Asyik berpesta. Ayah aku pun tak kurang hebat. Dia sudah pakai sandal Crocs. Hebat kan? Tapi pasar malam punya haha.

Wednesday, December 9, 2009

Relevan

Berapa relevankah aku di sini.


Keliru sedikit soalannya.

Tapi ia kerap timbul apabila aku merasakan aku sedang berada di bawah.

Biasalah. Hidup ini kan macam roda. Kejap di atas kejap di bawah.


Manusia. Dia akan mula sedar dan menilai dirinya apa bila dia berada di bawah. Itu yang unik pasal manusia.

Apabila dia sudah jatuh, kemudian terasa sakit, dia akan cari dimana silapnya.


Manusia.

Bila dia naik. Bila dia dijulang. Dia lupa sebentar di mana dirinya.

Mungkin aku juga begitu. Tapi aku lain.

Sebab aku tidak pernah dijulang. Aku tidak pernah naik. Sering saja di bawah. Aku tidak berganjak. Aku di sini. Esok juga aku masih di sini. Mungkin akan jatuh lagi. Dan lagi.


Apabila manusia itu sudah jatuh, selalunya dia akan bangkit. Menggagahkan diri melawan arus. Melawan mereka yang menjatuhkannya.

Tapi aku bukan. Aku secara defaultnya jatuh bebas. Tiada siapa jatuhkan aku. Seperti bungee jumping.


Aku harus duduk dan fikir. Berapa jauh lagi aku perlu jatuh. Berapa sakit perlu aku tanggung. Berapa sunyi harus aku sepi.

Jauh ke bawah. Jauh lagi tempat untuk aku jatuh.

Dengar lagu titian usang.




Saturday, November 21, 2009

Si Dia Menjeling

Maaf akan kehilangan aku yang agak lama.

Aku tahu. Rindu. Rindu membaca tulisan-tulisan kudus aku. Aku sudah kehilangan laptop dan juga PDA serba boleh. Itu cerita lain.

Aku di KLIA minggu lepas terbang ke sebuah negeri jauh di seberang laut. Aku dan rakan kerja. Seorang wanita. Yang agak rupawan.

Kebetulan berlaku sesuatu tidak diingini dan flight attendant mahu kami ke gate C14. Lalu kami angkat kaki segera.

Sedang dalam terburu-baru dari jauh aku terlihat seorang public figure. Tinggi dan tegap rupanya. Anwar Ibrahim. Dan kami berselisih. Seolah dia mengenali aku. Dan menjeling. Aku segera membisik ke telinga rakan bahawa itu Anwar Ibrahim.

Dalam hati aku berbisik "Sudah-sudah la. Aku tahu aku kacak. Tak perlu jeling-jeling"

Sayang sekali aku seorang straight dan kawan wanita aku agak hampa seolah dia bukan rupawan untuk dilihat.

Tuesday, November 3, 2009

Menjadi Tidak Hensem

Pernah atau tidak kau menjadi seorang yang tidak hensem buat pertama kali dalam seumur hidup kau orang.


Aku pernah. Sekali dalam seumur hidup aku pernah sehari aku menjadi tidak kacak.

Begini kisahnya.

Ia terjadi agak lama sudah, dalam setahun lepas mungkin. Aku tak berapa ingat maklum lah. Umur sudah meningkat. Tetapi masih kacak. Buktinya sejak akhir ini aku menukar status di FB aku dari single kepada sedang dalam perhubungan. Tiada seorang kawan perempuan pun datang bertanya khabar melainkan seorang perempuan gempal yang menyapa mengucapkan tahniah. 

Ok cukup. Kembali kepada kisah lalu. Ia terjadi apabila cermin kereta aku dipecah dan dicuri cukai jalan. Aku rasa aku pernah tulis. Cari sendiri. 

Maka aku pun segera membuat laporan polis kerana aku tahu untuk mendapatkan salinan cukai jalan mesti ada laporan polis.

Maka aku pun terhegeh-hegeh dengan yakin ke balai polis dan membuat laporan. Sudah berapa jam di sana setelah melihat sepasang suami isteri melawat anak di lokap maka siap lah laporan.  
Segera pula aku ke JPJ. Dekat sahaja tidak menjadi masalah. Cuma masalahnya ia berlaku dalam waktu pejabat dan aku menghilangkan diri.

Di JPJ aku menunggu dengan sabar. Aku bawa salinan laporan polis dan juga geran kenderaan. Pasti boleh dapat punya. 

Sampai giliran aku, abang di kaunter pertanyaan meminta bayaran RM50. 

Aku berang. Pertama, RM50 itu separuh dari cukai jalan aku. Kedua, road tax aku di curi. Ketiga, cermin kereta aku pecah dan aku ganti sendiri. Sekarang abang tu suruh aku bayar RM50. Tidak masuk akal lalu aku melawan mengapa perlu aku bayar RM50? Seolah aku didenda kerana cuai. Aku tunjuk laporan polis. 

Dia kata laporan itu tidak meyakinkan. Kerana ada perkataan tercicir. Salah aku juga sebabnya semasa di balai, aku di suruh untuk memberi keterangan seperti saranan pegawai balai. Aku cuma ikut sahaja. Pegawai polis menyuruh aku memberi keterangan bahawa cukai jalan aku didapati tercicir sedangkan kereta aku di pecah dan dicuri cukai jalan.

Maka aku membesarkan suara tanda protes. Aku rasa tidak adil perkara macam ni terjadi. Sudah lah cermin di pecah, sekarang kena bayar denda pula. Aku tidak puas hati. Sebenarnya aku rasa seperti dipijak pijak masa itu. Sebab itu aku tak dapat kawal emosi. Aku hampir-hampir, bukan hampir lagi, memang aku dah marah pegawai kaunter bertugas. Yang seronoknya, abang kaunter tu pun boleh balas balik dengan marah-marah. Aku lagi la hangin.

Akhirnya aku dileraikan dan di suruh berjumpa pegawai kanan. Aku tak berapa ingat sama ada pegawai kanan itu perempuan india atau melayu. Tetapi aku rasa india kut. Di pejabatnya aku bercakap tentang masalah aku. Dan tatkala itu lah aku menjadi tidak hensem. Aku tidak tahu ilmu apa wanita india itu pakai, tapi terhembur lah air mata aku depan dia. Aku pun tak sangka. Lepas aku marah-marah tiba-tiba air mata aku boleh jatuh berderai. 

Bukan apa, sebenarnya aku dah rasa seperti dipermainkan sebenarnya. Sebab, semasa aku di pejabat polis, sepatutnya mereka tidak boleh mencadang aku membuat laporan tadi. Pegawai JPJ itu menyarankan aku tidak membuat laporan polis yang kedua sebab aku boleh di dakwa membuat laporan palsu. Maka aku perlu berhadapan dengan membuat bayaran RM50. Itu lah sebabnya aku terasa seperti dipermainkan. Maka terhemburlah air mata aku secara tiba-tiba. Memang aku tak sangka, dan pegawai kanan itu pun tidak menyangka. Maka itu lah buat pertama kalinya pengalaman aku menjadi seorang yang tidak hensem dalam hidupku.

Sekian.


Yang benar,

Jejaka Hensem.

Monday, October 26, 2009

Kawan, aku masih di sini.


Di sempadan garisan yang aku sendiri lukis tempoh hari. Bukan aku bersendiri. Cuma apa bila manusia-manusia beriman bahawa hidup ini umpama roda, kadang di atas kadang di bawah. Mungkin ini saat-saat untuk aku tenggelam. Buat seketika.

Tapi tatkala ini, aku semakin matang dengan mereka. Mereka yang seketika dulu berada di belakang aku sekarang sudah mula melangkah menyeberangi sempadan tanpa ada sebab. 

Aku tidak hairan. Bukan sekali-dua.